Wednesday, 10 October 2012

Acara Lari Berganti-ganti


Pengenalan
Acara lari berganti-ganti adalah sejenis sukan olahraga yang berasal dari Amerika Syarikat. Salah  satu aktiviti yang menimbulkan idea seumpama ini ialah perjalanan kereta kuda jarak jauh yang lebih dikenali sebagai pony express di mana  surat-surat atau berita disampaikan dari satu tempat ke satu tempat yang lain 
            Satu lagi  aktiviti  yang menjadi punca utama lahirnya acara ini ialah permainan  pasukan ahli bomba yang dinamakan kereta bomba . Ahli daripada satu pasukan bomba akan berlari dengan pantas dan menyentuh kereta  bomba ini sebagai syarat  kepada ahli bomba lain dalam pasukan untuk bersedia.
             Perlumbaan ini juga diubahsuai melalui satu perlumbaan yang bermula di Universiti Pennsylvania , Amerika  Syarikat . Pada mulanya , perlumbaan ini dimulakan dengan seorang pelari membawa bendera dan menyampaikan kepada pelari lain yang menanti dihadapan .
             Pada tahun 1893 . dua orang peminat olahraga  dari Universiti Pennsylvania , iaitu Frank Ellis dan Laussat Geyelin memulakan acara ini buat  kali pertama pada  abad ke-19 di Amerika Syarikat .Larian ini dalam jarak metrik , dengan satu pasukan terdiri empat orang . Seorang akan berlari sejauh 402.34 mter (suku batu) dengan membawa baton untuk diterima olh rakan-rakannya . Setiap perserta berlari pada jarak yang sama .
             Pada tahun 1895 , Amerika Syarikat telah mewujukan ‘Pennsylvania Relay Carnival’ yang merupakan acara tahunannya .Dari situ acara lari berganti-ganti ini dikembangkan kebandar-bandar lain di Amerika Syarikat dan terus mendapat sambutan yang amat mengalakkan  . Selepas itu acara ini tersebar kenegara-negara  lain .

Terdapat perbagai acara lari berganti-ganti yang dipertandingan , diantaranya  ialah 4 X 100 meter , 4 X 200 meter , 4 X 400 meter , 4 X 800 meter , 4 X 1500 meter dan lari berganti-ganti jarak jauh. Walaubagaimanapun , dalam kebanyakan pertandingan olahraga sama ada di peringkat sekolah ,negeri, kebangsaan atau antarangbangsa ,hanya acara 4 X 100 meter dan 4 X 400 meter yang  didedahkan atau dipertandingan . Kedua-dua acara ini disertai oleh perserta lelaki dan wanita .
              Selain daripada itu terdapat juga lari berganti-ganti secara campuran atau gabungan seperti acara 4 X 100 meter , 4 X  400 meter ,4  X 400 meter dan 4 X 800 meter meter .Namun begitu , acara –acara ini jarang diadakan.
             Pada prinsipnya , seseorang pelari akan berlari pada jarak yang sama , sama ada dalam acara  4 X 100 meter , 4 X 400 meter  ataupun jarak yang lain . Sungguhpun begitu , dalam larian sebenar terdapat jarak larian dikalangan empat pelari terlibat kerana wujudnya pertukaran baton yakni ada perlari yang berlari pada jarak yang lebih jauh atau lebih dekat daripada yang lain .
               Objektif lari berganti-ganti ialah membawa baton dari tempat permulaan sehingga penamat menerusi empat orang perserta secepat mungkin .Perkara penting yang menjadi faktor utama dalam menentukan kejayaan dalam acara ini ialah persefahaman di antara pelari didalam pasukan. 


2 comments:

  1. thanks for the info. really helpful :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. welcme zans,,klau nak apa2 note berkaitan sukan boleh mintak ok,,,,

      Delete

sebarang pertanyaan boleh tinggalkan pada ruang komen,,,,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...