Friday, 22 February 2013

Strecthing and Warming up





Memanaskan badan
Memanaskan badan merangkumi proses progresif untuk :
ü        Meningkatkan kadar nadi hingga 120 dsm
ü        Meningkatkan kadar peredaran darah
ü        Meningkatkan suhu otot sehingga 1 darjah celsius
ü        Meningkatkan kadar pernafasan dan kepekatan cecair sendi dengan cara membuat      
            slow jog atau berbasikal selama 5-10 minit. Ianya diikuti dengan:
ü        Membuat regangan selama 8-12 minit.
ü        Membuat pergerakan menyerupai aktiviti sebenar.

Bilakah Masa untuk Membuat Regangan ?
Untuk mendapat faedah optimum, regangan perlu dilakukan ketika :
ü        Sebelum latihan
ü        Antara ulangan (semasa rehat aktif)
ü        Selepas latihan

Penyejukan Badan
Ianya merupakan aktiviti regangan yang dilakukan selepas sesuatu latihan. Ia dilakukan dengan intensiti yang rendah secara gradual. Masa yang sesuai ialah 5-10 minit.

Faedah Membuat Regangan
ü              Meningkatkan suhu fiber otot
ü              Meningkatkan suhu bendalir sendi, pelincir dan bendalir sinovial.
ü              Meningkatkan kadar pernafasan.
ü              Meningkatkan kadar nadi seterusnya menambah isipadu pengaliran darah  
ü              Mengurangkan risiko atau keparahan kecederaan
ü              Membantu mengurangkan ketidak fleksibel sendi dan kesakitan

Jenis-jenis Regangan             

Regangan Aktif
Regangan aktif berlaku bila regangan yang dilakukan oleh individu itu sendiri memberi kesan daya.

Regangan Pasif
Regangan pasif berlaku bila pasangan atau alat yang diguna memberi kesan daya kepada individu.

Regangan Statik
Aktiviti ini dilakukan dengan meregang dan menetapkan kedudukan akhir anggota selama 10-30 saat.

Regangan Balistik
Melibatkan pergerakan memantul dimana kedudukan akhir anggota tidak ditetapkan. Bagaimanapun ia mudah menyebabkan kecederaan.

Regangan Dinamik
Regangan dinamik melibatkan fleksibiliti semasa pergerakan spesifik sukan. Ianya hampir menyamai regangan balistik tetapi lebih mirip kepada lakuan sebenar sukan tertentu.

Regangan PNF (Proprioceptive Neuromuscular Fascilitation)
Menggabungkan kontraksi dan keadaan rehat otot agonist dan antagonist. Ini menyebabkan tindakbalas saraf pada otot yang diregangkan secara pasif. Interaksi ini menghasilkan pengurangan rintangan dan peningkatan julat pergerakan semasa regangan dilakukan. Biasanya regangan PNF memerlukan pasangan. Terdapat tiga teknik regangan PNF:

1)        Tahan – rehat              
2)     Perlahan - lawan arah - tahan - rehat
3)     Kontraksi – rehat
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...