Pengenalan
Acara lari
berganti-ganti adalah sejenis sukan olahraga yang berasal dari Amerika
Syarikat. Salah satu aktiviti yang
menimbulkan idea seumpama ini ialah perjalanan kereta kuda jarak jauh yang
lebih dikenali sebagai pony express di mana
surat-surat atau berita disampaikan dari satu tempat ke satu tempat yang
lain
Satu lagi aktiviti
yang menjadi punca utama lahirnya acara ini ialah permainan pasukan ahli bomba yang dinamakan kereta
bomba . Ahli daripada satu pasukan bomba akan berlari dengan pantas dan
menyentuh kereta bomba ini sebagai
syarat kepada ahli bomba lain dalam
pasukan untuk bersedia.
Perlumbaan ini juga diubahsuai
melalui satu perlumbaan yang bermula di Universiti Pennsylvania , Amerika Syarikat . Pada mulanya , perlumbaan ini
dimulakan dengan seorang pelari membawa bendera dan menyampaikan kepada pelari
lain yang menanti dihadapan .
Pada tahun 1893 . dua orang
peminat olahraga dari Universiti Pennsylvania , iaitu
Frank Ellis dan Laussat Geyelin memulakan acara ini buat kali pertama pada abad ke-19 di Amerika Syarikat .Larian ini
dalam jarak metrik , dengan satu pasukan terdiri empat orang . Seorang akan
berlari sejauh 402.34 mter (suku batu) dengan membawa baton untuk diterima olh
rakan-rakannya . Setiap perserta berlari pada jarak yang sama .
Pada tahun 1895 , Amerika Syarikat
telah mewujukan ‘Pennsylvania Relay Carnival’ yang merupakan acara tahunannya
.Dari situ acara lari berganti-ganti ini dikembangkan kebandar-bandar lain di
Amerika Syarikat dan terus mendapat sambutan yang amat mengalakkan . Selepas itu acara ini tersebar
kenegara-negara lain .
Terdapat perbagai acara
lari berganti-ganti yang dipertandingan , diantaranya ialah 4 X 100 meter , 4 X 200 meter , 4 X 400
meter , 4 X 800 meter , 4 X 1500 meter dan lari berganti-ganti jarak jauh.
Walaubagaimanapun , dalam kebanyakan pertandingan olahraga sama ada di peringkat
sekolah ,negeri, kebangsaan atau antarangbangsa ,hanya acara 4 X 100 meter dan
4 X 400 meter yang didedahkan atau
dipertandingan . Kedua-dua acara ini disertai oleh perserta lelaki dan wanita .
Selain daripada itu terdapat juga
lari berganti-ganti secara campuran atau gabungan seperti acara 4 X 100 meter ,
4 X 400 meter ,4 X 400 meter dan 4 X 800 meter meter .Namun
begitu , acara –acara ini jarang diadakan.
Pada prinsipnya , seseorang pelari
akan berlari pada jarak yang sama , sama ada dalam acara 4 X 100 meter , 4 X 400 meter ataupun jarak yang lain . Sungguhpun begitu ,
dalam larian sebenar terdapat jarak larian dikalangan empat pelari terlibat
kerana wujudnya pertukaran baton yakni ada perlari yang berlari pada jarak yang
lebih jauh atau lebih dekat daripada yang lain .
Objektif lari berganti-ganti
ialah membawa baton dari tempat permulaan sehingga penamat menerusi empat orang
perserta secepat mungkin .Perkara penting yang menjadi faktor utama dalam menentukan
kejayaan dalam acara ini ialah persefahaman di antara pelari didalam pasukan.
thanks for the info. really helpful :)
ReplyDeletewelcme zans,,klau nak apa2 note berkaitan sukan boleh mintak ok,,,,
Delete