Monday, 8 October 2012

Sukan Olahraga

Sejarah Perkembangan

Berlari, melompat dan melontar atau membaling merupakan perlakuan semula jadi manusia yang melambangkan keupayaan dan kemahiran asas manusia sebagai makhluk yang mempunyai fikiran. Kemahiran-kemahiran ini diperkembangkan dan diperbaiki sehingga menjadi acara sukan yang kemudianya dipertandingkan.
Dari masa ke semasa, kebolehan manusia ini menjadi satu acara pertandingan yang menarik, sehingga mampu menarik minat ramai orang dari serata dunia sejak dahulu lagi. Dari situ lahirlah istilah olahraga (athletics) yang merangkumi  acara-acara berlari, melompat dan melontar. Mereka yang melibatkan diri dalam olaraga ini dikenali sebagai olaragawan (lelaki) dan olaragawati (perempuan).

Sejarah Awal Olahraga
Berdasarkan catatan sejarah 'olahraga' dipercayai bermula lebih kurang 1000 tahun sebelum masihi di Greece Kuno. Ini bermakna, olahraga ini sudah diadakan lebih 3000 tahun lampau. Berdasarkan sejarah ini maka olahraga merupakan salah satu sukan tertua di dunia. Sukan olimpik Kuno yang diadakan pada tahun 776 sebelum Masihi di Greece yang merupakan tempat bermulanya tamadun manusia.

Dengan kata lain orang-orang Greece sudah melibatkan diri dalam olaraga, walaupun matlamat mereka pada mulanya bukanlah sebagai sukan, tetapi lebih kepada salah satu bidang seni. Menurut buku The Encyclopedia of sports, acara pertama yang dicatatkan sebagai sukan ialah lompat jauh, iaitu oleh ahli sukan Sparta bernama Chionis pada sukan olimpik tahun 656 sebelum Masihi. Beliau melompat sejauh 23 kaki 1  inci.
Olahraga
Acara- acara olahraga boleh dibahagikan dalam dua kumpulan utama iaitu :
1.      Acara balapan
2.      Acara-acara padang 

Acara Balapan 
Semua acara balapan kecuali acara jalan kaki, dijalankan di atas trek atau litar yang ditandakan. Walaupun acara jalan kaki dikelaskan sebagai satu acara balapan tetapi sebenarnya ia dijalankan di jalan raya dan jarang di trek. Acara-acara balapan termasuklah lari pecut, lari berganti-ganti, lari berpagar, steeplechase, lari jarak sedarhana dan jauh dan berjalan kaki.
 Acara balapan ialah :-
1.      Lari Pecut
a)      100 meter
b)      200 meter
                  c)   400 meter
                      
     2.     Lari berganti-ganti
a)      4 x 100 meter
b)      4 x  200
c)      4 x  400

3.      Lari berpagar
a)      100 meter wanita
b)      110 meter lelaki
c)      400 meter

4.      Steeplechase
a)      3,000 meter

5.      Lari jarak sedarhana dan jauh
a)      800 meter
b)      1,500 meter
c)      3000 meter
d)     5000 meter
e)      10,000 meter

6.      Berjalan kaki
a)      20 km
b)      50 km

Acara-acara Padang
1.      Acara lompatan
2.      Acara balingan

Terdapat dua jenis acara lompatan:
a)      untuk ketinggian iaitu acara lompat tinggi dan lompat bergalah
b)      untuk jarak jauh iaitu acara lompt jauh dan lompat kijang.

1.      Acara Balingan :
a)      lempar cakera
b)      rejam lembing
c)      lempar tukul
d)     lontar peluru.
Selain daripada acara-acara balapan dan padang terdapat juga acara - acara lain yang dipertandingkan dalam temasya olahraga :

a)      Decathlon
b)      Penthathlon
c)      Marathon
d)     Merentas desa

Decathlon
Ini merupakan pertandingan selama dua hari untuk atlet lelaki di mana atlet-atlet dikehendaki bertanding dalam acara-acara berikut :

1.      lari 100 meter
2.      lompat jauh
3.      lontar peluru                                        Hari pertama
4.      lompat tinggi
5.      lari 400 meter
___________________________________________________________________

6.      110 meter lari berpagar
7.      lemper cakera
8.      lompat bergalah                                  Hari kedua
9.      merejam lembing
10.  lari 1500 meter

Pentathlon
Acara yang dikhaskan untuk peserta wanita sahaja; Antaranya
1)      lari berpagar 100 meter
2)      ontar peluru
3)      lompat tinggi
4)      lompat jauh
5)      acara 800 meter
.
Marathon
Marathon ialah suatu acara larian yang terjauh sekali dipertandingkan. Jarak yang terpanjang ialah 42.195 km (26 batu, 358 ela) Permulaan dan penamat acara ini biasanya di lakukan di arena, tetapi perjalanan laluan keseluruhan dijalankan di atas jalan raya.

Merentas desa
Acara merentas desa adalah satu acara dimana individu dan pasukan berlari mengikut laluan melalui desa. Pelari-pelari boleh bertanding secara individu atau dalam pasukan. Satu larian boleh mengandungi kedua-dua jenis pertandingan.
Jarak yang dipertandingkan ditetapkan oleh pihak pengelola iaitu antara 2-5 km, atau 14.5 km. Untuk memastikan skor pasukan, selepas larian perlumbaan, kedudukan ahli-ahli setiap pasukan akan dikira dan dijumlahkan. Pasukan yang mendapat jumlah terbaik akan diistiharkan sebagai pemenang. Jikalau berlaku seri, pelari akhir dari pasukan yang mendahului pelari-pelari terakhir pasukan lain akan diberikan kedudukan yang lebih tinggi.
Kadang kala acara-acara olahraga juga dikumpulkan dalam satu kumpulan seperti :
1)         Lari pecut
a)      100 meter
b)      200 meter
c)      400 meter
d)     4 x 100 meter lari berganti-ganti
e)      4 x 200 meter
f)       4 x 400 meter
 2)        Lari Berpagar
a)      100 meter lari berpagar
b)      110 meter lari berpagar
c)      400 meter lari berpagar.
3)           Jarak sedarhana
a)      800 meter
b)      1500 meter
c)      3000 meter
d)     5000 meter
4)                  Jarak jauh
a)      10 000 meter
b)      Marathon
c)      Merentas desa
5)                  Berjalan kaki
a)      20 km
b)     50 km
6)                  Lompatan
a)      lompat jauh
b)      lompat tinggi
c)      lompat kijang
d)     lompat bergalah
7)                  Balingan
a)      lontar peluru
b)      lempar cekera
c)      rejam lembing
d)     lempar tukul
8)                  Acara beraneka
a)      Decathlon
b)      Pentathlon

No comments:

Post a Comment

sebarang pertanyaan boleh tinggalkan pada ruang komen,,,,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...