Wednesday, 10 October 2012

Pemilihan Pelari Acara RELAY


PEMILIHAN PELARI

Pemilihan pelari (runner/sprinter) dalam acara lari berganti-ganti adalah sangat penting kepada sesuatu pasukan.

Pelari Pertama

          Pelari pertama mestilah mempunyai permulaan yang baik sambil tangan memegang baton dan berkeupayaan berlari diselekoh . Kebiasannya pelari pertama adalah pelari kedua terbaik dalam satu-satu pasukan . Ketiga-tiga aspek ini penting kerana dibandingkan dengan pelari pertama akan berlari lebih jauh bersama baton.

Pelari Kedua

          Pelari kedua ini hendaklah berkeupayaan berlari dengan pantas pada garisan lurus .Dia juga mesti bijak daripada segi menerima dan menghantar baton . Selalunya jika pelari perlari perlari pertama membawa baton pada tangan kanan , pelari kedua hendaklah menerima dengan tangan kiri atau sebaliknya .

Pelari Ketiga

          Kriteria utama bagi pelari ketiga ialah kebolehan dan kemampuan berlari di selekoh dan menerima baton mengunakan tangan kanan jika pelari kedua memberikan menggunakan tangan kiri atau sebaliknya. Daripada segi keupayaan biasanya pelari ke tiga terpantas dalam pasukan diletakan sebagai pelari ketiga .

Pelari Keempat/Akhir

          Pelari akhir biasanya merupakan pelari terpantas dalam satu-satu pasukan kerana pada bahunya terletak keputusan yang bakal di capai oleh sesebuah pasukan lari berganti-ganti 4 X 100 meter .Pelari ini harus berkebolehan berlari di garisan lurus . Walaupun dari segi jarak sebenar pelari terakhir ini adalah yang terpendek , namun dari segi kepantasan dan kelajuan , ia amat penting.

No comments:

Post a Comment

sebarang pertanyaan boleh tinggalkan pada ruang komen,,,,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...