Wednesday, 3 October 2012
Konsep Pendidikan Jasmani
Pendidikan jasmani merupakan suatu proses bertujuan untuk meningkatkan prestasi manusia melalui aktiviti fizikal terpilih untuk mencapai keputusan yang dikehendaki. Ia berkait rapat dengan kemahiran-kemahiran motor, pembangunan & pemeliharaan kecergasan untuk kesihatan optimum dan keadaan baik, memperoleh pengetahuan & pembangunan sikap-sikap positif melalui aktiviti fizikal.
Antara definisi berkaitan pendidikan jasmani:
Barrow (1971, 1983) menyatakan Pendidikan Jasmani dalam konteks ‘pengalaman pendidikan menyeluruh’ dan berkait dengan hal seumur hidup setiap individu.
Baley & Field (1976), satu proses pengubahsuaian dan pembelajaran berkenaan organik, neuromaskular, intelektual, sosial, budaya, emosional dan estetik, hasil melalui aktiviti-aktiviti fizikal yang terpilih dan agak rancak,
Freeman (1977, 1992) menegaskan bahasa Pendidikan Jasmani meliputi pembangunan fizikal dan mental dan menumpu pada tiga domain pendidikan, iaitu psikomotor, kognitif dan afektif.
Lumpkin (1990) berpendapat Pendidikan Jasmani merupakan suatu proses yang membolehkan individu mempelajari kemahiran-kemahiran fizikal, mental dan sosial serta tahap kecergasan yang tinggi.
Dauer (1995) berpendapat Pendidikan Jasmani ialah sebahagian daripada program pendidikan yang menyeluruh, yang memberi sumbangan pada asasnya melalui pengalaman-pengalaman pergerakan kepada perkembangan dan pembangunan keseluruhan kanak-kanak.
Terdapat 3 tunjang utama dalam pendidikan jasmani iaitu:
1) kemahiran
2) kecergasan
3) kesukanan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment
sebarang pertanyaan boleh tinggalkan pada ruang komen,,,,